Friday 3 May 2013

MENJADI SEORANG GURU.........

~~   ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA  ~~

Blog ini adalah suatu perkongsian antara saya dengan rakan-rakan seperjuangan termasuk pembaca yang sudi mengunjungi blog ini. 

Sebaik sahaja menjadi seorang guru, kita sebenarnya sudah berjanji kepada diri sendiri untuk membantu anak-anak bangsa yang dahagakan ilmu pengetahuan untuk meneruskan perjuangan hidup. Semua itu akan dapat direalisasikan apabila guru mempunyai ciri-ciri yang berikut :

CIRI-CIRI GURU BERKESAN
Mengikut Kim dan Kellough (1995) untuk menjadi seorang guru yang berkesan, seseorang itu mesti mahir di dalam membuat keputusan yang tepat pada sebarang keadaan. Keputusan yang tepat dapat dibuat sekiranya seseorang guru itu memiliki perkara-perkara berikut: (1) Akal budi (2) Kepintaran (3) Ilmu tentang kurikulum dan pedagogi (4) Kesanggupan untuk ditegur dan diperbetulkan kelemahannya dala maspek pengajaran melalui refleksi diri supaya menjadi guru contoh. 

Di samping itu juga, seorang guru yang cekap seharusnya memiliki 21 sifat-sifat berikut :

1. Guru memiliki ilmu tentang matapelajaran atau perkara yang di ajar. Ini bermakna seseorang 
    guru itu perlu mengetahui tentang fakta, konsep, prinsip dan kemahiran yang berkaitan    
    dengan perkara atau matapelajaran yang diajar.

2. Guru masih aktif sebagai ahli profesional keguruan, 
    membaca jurnal, berbincang dengan rakan sekerja, sentiasa 
    mempertingkatkan kemahiran di dalam metadologi dan 
    pengetahuan tentang pelajar dan isi  kandung matapelajaran 
    yang diajar.

3. Guru memahami proses pembelajaran. Sebagia guru, 
     pelajar akan dipastikan faham tetang matapelajaran yang  
    diajar, harapan guru terhadap pelajar dan prosedur bilik  
    darjah. Pelajar juga akan terbabit  secara aktif dengan aktiviti   
    pembelajaran dan guru memastikan pelajar dibimbing dan ditunjuk ajar dengan melakukan penilaian kefahaman

5. Guru mesti menunjukkan contoh teladan yang baik supaya menjadi 
    model atau ikutan pelajar.

6. Guru mesti sanggup untuk berubah dan menerima perubahan.

7. Guru mesti berlaku adil dna saksama terhadap pelajarnya 
     tanpa mengambil kira soal jantina, bangsa, agama, 
     kewargenegaraan, status sosial dan perkara-perkara lain.

8. Guru mesti melakukan persediaan untuk memngajar sama 
    ada menulis persediaan mengajar atau menyediakan bahan 
    bantu mengajar untuk  aktiviti pembelajaran.

9. Guru mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan.
10. Guru berperanan sebagia pembuat keputusan yang berkesan.

11. Guru sentiasa mengambil berat tentang keselamatan dan kesihatan para pelajarnya.

12. Guru mesti optimis terhadap pembelajaran setiap pelajar dan menyediakan persekitaran  
       yang positif dan membina bagi aktiviti pembelajaran.

13. Guru mesti yakin dengan kebolehan setiap orang pelajar.

14. Guru mempunyai kemahiran untuk melakukan tugas-tugas penilaian terhadapa pembelajaran pelajar.

 
15. Guru mempunyai kemahiran untuk bekerjasama dengan ibu 
       bapa, rakan setugas,pihak pentddbir dan staf-staf lain di 
       samping sentiasa mengamalkan etika profesionalisme 
       perguruan.

16. Guru sentiasa menunjukkan minat yang berterusan terhadap 
      tanggungjawab profesionalisme perguruan.

17.  Guru menunjukkan minat yang meluas terhadap sebarang 
       aktiviti yang ada kaitan dengan proses pembelajaran.

18.  Guru juga mesti pandai berjenaka tetapi tidak berlebihan supaya tidak 
      menjatuhkan kewibawaannya sebagia seorang guru.

19. Guru mesti mahir mengenalpasti pelajar yang memerlukan perhatian khusus dalam 
       pembelajaran.

20. Guru mesti menunjukkan kepada pelajar bagaimana matapelajaran yang dipelajari boleh 
       digunakan di dalam aspek kehidupan seharian.

21. Guru mesti seorang yang boleh dipercayai

(Tulisan : Ramlan Nordin)


Poster Bilik Komputer

Panduan Poster Di Bilik Komputer/ Makmal Komputer Sekolah

Wednesday 24 April 2013

NOTA KATA KERJA


KATA KERJA

PENDAHULUAN

Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsure lain seperti kata bantu,  objek, pelengkap, ayat komplemen dan keterangan. Contoh kata kerja:
1.      Ali tidur.

2.      Mereka sedang membaca buku.
3.      Adik Ali sedang bermain bola.
·         Perkataan yang dihitamkan itu adalah kata kerja.

PENGGOLONGAN KATA KERJA.

Kata kerja sebagai satu golongan kata boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu:-
       (a)  Kata kerja tak transitif
       (b)   Kata kerja transisitf

Kata Kerja Tak Transitif.
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambung atau objek sesudahnya. Kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan iaitu:
(i)                 Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.
(ii)               Kata kerja tak transitif berpelengkap.

(i)                 Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut seperti dalam contoh-contoh di bawah:
1.      Semua orang pulang.
2.      Adik saya masih tidur.
3.      Pemuda itu tersenyum.
     Kesemua ayat di atas terdiri daripada subjek dan kata kata kerja yang berdiri sendiri, iaitu tanpa pergantungan pada unsure-unsur lain untuk melengkapkan makna atau maksud ayat.
Kata kerja tak transitif ini boleh dikuti oleh unsure keterangan, yang berfungsi memberi maklumat.Contoh:
1.      Semua orang pulang pada waktu petang.
2.      Adik saya masih tidur di serambi.
3.      Padi sedang menguning di sawah.

(ii)               Kata kerja tak transitif berlengkap
Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.Unsur pelengkap ini hendaklah dibezakan daripada objek atau penyambut kerana objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja transitif dan boleh pula mengalami proses pasif. Pelengkap ialah unsure yang hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat. Ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan.
      Contoh kata kerja tak transitif berpelengkap adalah seperti berikut:
1.      Keadaan bapanya beransur baik.
2.      Mereka tidak berbuat jahat.
3.      Mereka tinggal di Kampung Paya.
4.      Dia menjadi guru.
·         Dalam ayat-ayat di atas, perkataan yang condong itu ialah kata kerja tak transitif, sementara unsur yang mengikuti itu ialah pelengkap. Sekiranya pelengkap digugurkan, ayat-ayat yang terhasil tidak sempurna, contohnya:
       1a. *  Keadaan bapanya beransur .
       2b. * Mereka tidak berbuat.
       3c.  * Mereka tinggal.
       4d.  * Dia menjadi.

Kata Kerja Transitif
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Contoh kata kerja transitif dalam ayat di bawah:
1.      Murid-murid sedang membaca buku.
2.      Saya telah menjawab surat itu.
3.      Pegawai itu tidak mengabaikan tugasnya
4.      Kami makan ayam goring di restoran itu.
·         Dalam contoh-contoh di atas, kata kerja membaca, menjawab, mengabaikan dan makan ialah kata kerja transitif.

Pembentukan Kata Kerja
Kata kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada empat bentuk , iaitu:
(a) Kata kerja tunggal
(b) Kata kerja terbitan
        (c) Kata kerja majmuk
  (d) Kata kerja ganda

Kata Kerja Tunggal
Kata kerja tunggal ialah kata yang terbentuk tanpa imbuhan. Dalam bahasa Melayu terdapat lebih kurang 80 kata kerja yang boleh hadir sebagai predikat tanpa imbuhan. Kebanyakan kata kerja demikian bersifat tak transitif. Antaranya ialah;                                 
·         balik
·         pulang
·         datang
·         ada
·         ikut
·         keluar
     Contoh penggunaan kata kerja tunggal dalam ayat adalah seperti berikut:
·         Murid-murid itu balik ke rumah
·         Pelawat sekolah saya belum pulang lagi.
·         Saya ada buku.

( b) Kata Kerja Terbitan.
Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang terhasil daripada proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan melahirkan perkataan-perkataan terbitan. Contohnya :
·         meN-
·         beR-
·         teR-
·         di-
·         mempeR-
·         dipeR-

    (c) Kata Kerja Majmuk.
Kata kerja majmuk terdiri daripada rangkaian dua morfem bebas atau lebih. Dalam bahasa Melayu kebanyakan kata majmuk terdiri daripada golongan kata nama. Di bawah ini diberikan kata majmuk yang tergolong sebagai kata kerja.
Ø  Kemas kini          > terima kasih
Ø  Kenal pasti          > campur aduk
Ø  Ambil alih           > lipat ganda
     Hanya terdapat satu bentuk kata kerja yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Bentuk yang mantap ini tetap dieja satu perkataan , iaitu beritahu.
     Dalam bahasa Melayu kata majmuk jenis kata nama yang besar jumlahnya, boleh menjadi kata kerja melalui proses pengimbuhan. Apabila kata majmuk ini menerima awalan, kata dasarnya tetap dieja terpisah. Contohnya:
satu padu          >  bersatu padu, menyatupadukan
urus niaga         >  mengurusniagakan
latar belakang   >  berlatarbelakangkan

Terdapat bentuk kata majmuk daripada jenis kata nama yang menerima awalan dan dieja bercantuk, Bentuk ini bentuk mantap. Contohnya:

 kerjasama                >   bekerjasama
 tanggungjawab       >  bertanggungjawab, dipertanggugjawabkan

( d) kata Kerja Ganda
Kata kerja boleh juga diterbitkan melallui proses penggandaan, iaitu proses yang menggandakan hanya kata dasar tanpa melibatkan sebarang imbuhan. Dalam proses demikian kata dasar mengalami pengganddan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu dalam kata dasar.

Makna bentuk penggandaan.
Perkataan-perkataan yang terbentuk melali proses penggandaan mempunyai beberapa makna tertentu, antaranya:
(i)                 menunjukkan perbuatan yang berulang-ulang,
(ii)               menunjukkan perbuatan yang berpanjangan,
(iii)             menunjukkan perbuatan yang bersungguh-sungguh,
(iv)             menujukkan perbuatan yang saling berbalasan atau dilakukan oleh dua pihak terhadap satu lain,

Sesuatu bentuk yang digandakan itu mempunyai salah satu fungsi-fungsi di atas, dan boleh juga mengandungi gabungan fungsi-fungsi tersebut. Contohnya:-

(i)                 perbuatan yang berulang-ulang:

tergelak-gelak
melambai-lambai
tersenyum-senyum

(ii)               perbuatan yang berpanjangan:

berangan-angan
mengata-ngata
tergila-gila

(iii)             perbuatan yang bersungguh-sungguh:

bercerai-berai
bertungkus-lumus
memporak-peranda

(iv)              perbuatan yang saling berbalas:

bersalam-salaman
berpeluk-pelukan
berkasih-kasihan

RUJUKAN:

MODUL KRB 3033. PENGANTAR BAHASA MELAYU. PUSAT PENDIDIKAN LUAR.
  (UPSI)

NIK SAFIAH KARIM, FARID M.ONN, HASHIM, HJ. MUSA DAN ABDUL HAMID
  MAHMOOD. TATABAHASA DEWAN, EDISI BAHARU (1996). DEWAN BAHASA
  DAN PUSTAKA.